Thursday, May 27, 2010

Kebaikan Menggunakan Minyak Mandian Aura Bayu Sukma

Merawat penyakit melalui kaedah mandian telah lama diamalkan oleh kebanyakan bangsa didunia ini sejak beribu-ribu tahun dahulu.Orang Melayu sendiri mempunyai pelbagai kaedah merawat penyakit melalui mandian contohnya seperti Mandi Bunga.

Ritual Mandi Bunga yang diamalkan oleh Orang Melayu dahulu-kala kebanyakkanya adalah berbentuk syirik kerana mempunyai elemen-elemen dan campur aduk amalan-amalan Hinduisme dan Dinamisme. Ini berlaku kerana kurangnya pendedahan ilmu agama yang meluas di kalangan masyarat dan tiada pengetahuan dan kefahaman dari segi saintifik yang wujud pada masa itu. Ini menyebabkan mereka lebih percayakan tradisi,amalan turun-temurun,pawang,jin dan semangat.

Pada hari ini,dengan perkembangan sains dan teknologi yang pesat kita telah melangkah ke arah kefahaman ilmu yang lebih tinggi.Kita berjaya meningkatkan ilmu kita (sains) dari sains fizik kepada metafizik. Kita berjaya menggabungkan elemen-elemen agama dan sains dengan membezakan antara yang hak dan batil. Kita telah mengetahui bahawa setiap benda hidup seperti bunga, air dan diri kita sendiri mempunya Aura (tenaga biologi/medan elektro magnet badan) Aura ini boleh dirakamkan menggunakan kamera khas seperti Coggins's Aura Camera 6000. Baca lebih lanjut tentang aura di ruangan Apa Itu Aura.



Di atas merupakan gambar aura jutawan internet yang tidak asing lagi iaitu saudara Dr.Irfan Khairi. Aura Dr.Irfan Khairi berwarna hijau pekat dan biru mengambarkan bahawa beliau seorang yang Quick minded, goal-oriented, social, material, communicative, organizer, caring, sensitive, loving, helpful, loyal, peaceful, desire to be of service, nurturing.

Air mempunyai tenaga

Dr Masuru Emoto telah mengkaji sifat-sifat air yang digelarnya sebagai 'The planet's most critical life-giving substance' menggunakan MRA (Magnetic Resonance Analyser).Beliau berjaya membuktikan bahawa molekul-molekul air boleh berubah mengikut 'keadaan' sekeliling dan bertindakbalas terhadap gelombang bunyi seperti suara dan muzik. Sebagai contoh,molekul air dalam sebuah gelas boleh berubah kepada molekul yang sangat indah jika diucapkan sesuatu yang baik kepadanya sebagai contoh ucapan Bismillah.Molekul air zam-zam merupakan molekul yang paling indah. Jika kita mengucapkan sesuatu perkataan yang kurang baik seperti perkataan lucah,molekul air akan berubah kepada keadaan yang sangat buruk.

Molekul Air Terjun Sanbu-ichi Yusui

Molekul Air Kumbahan tidak dirawat

Molekul air apabila diucapkan perkataan ‘terima kasih’ (perkataan baik)

Molekul air apabila diucapkan perkataan ‘ awak membuatkan saya tertekan!
Saya akan bunuh awak!! (perkataan tidak baik)

Bukti-bukti ini telah mendedahkan bahawa
air mempunyai tenaga. Amalan orang Melayu seperti mandi bunga dan meminum air penawar yang dibacakan doa dan ayat suci Al-Quran oleh seorang yang alim mempunyai kelebihan tersendiri dan bukanlah tahyul semata-mata. Semasa kecil dahulu, ibu bapa kita mesti ada berpesan supaya jangan bercakap ketika makan kerana amalan itu adalah kurang sopan. Sebenarnya bukan kerana kurang sopan sahaja tetapi dikhuatiri kita akan tercakap perkataan-perkatan yang kurang baik dan boleh ‘menjejaskan kualiti’ makanan dan minuman. Secara ringkasnya,ilmu dan sain telah memberikan kita kefahaman yang lebih tentang sesuatu perkara yang munkin pada suatu masa dahulu dianggap sebagai tahyul.

Soalan tentang mandi bunga yang diajukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (www.soaljawab.jais.gov.my)

Soalan

Apakah hukumnya jika kita mengamalkan mandi bunga?

Jawapan

Sekiranya mandi bunga bertujuan untuk mengharumkan badan dan tujuan kebersihan adalah diharuskan tetapi sekiranya mandi bunga itu dikaitkan dengan amalan perbomohan dan jampi serapah yang tidak difahami, maka ia adalah dilarang sama sekali kerana boleh membawa kepada unsur syirik yang merosakkan akidah.Sekiranya mandi bunga dengan menggunakan doa daripada ayat-ayat al-Qur'an, maka ia adalah diharuskan.

Berbalik kepada merawat menggunakan kaedah mendian, tenaga-tenaga yang ada pada bunga,buah dan tumbuhan boleh membantu manusia membersihkan segala energi negatif yang dihasilkan tubuh akibat aktiviti harian kita seperti tekanan kerja,pemakanan,masalah kewangan dan sebagainya.

Mandi bunga memberi energi positif kepada tubuh maka tidak hairanlah apabila seseorang itu mandi bunga mereka merasakan tubuh badan mereka segar, bertenaga, emosi kembali stabil, rupa wajah berseri –seri dan ceria.

Antara kelebihan menggunakan Minyak Mandian Aura Bayu Sukma

Menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman

Menaikkan seri wajah anda dan awet muda
Mencantikkan seri dalaman dan luaran anda
Membantu menjadikan kulit lebih lembut dan cantik
Meningkat dan menyerlahkan daya tarikan anda
Kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Menyerlahkan kebijaksanaan anda

Membantu minda anda lebih bijak dan pintar
Membantu meningkatkan daya ingatan anda
Membantu menjadikan minda anda lebih matang
Membantu minda anda lebih kreatif dan tahap imaginasi yang hebat
Membantu minda anda menjadi perancang yang efektif dan cemerlang

Memberi keyakinan terhadap diri.

Memulih dan menstabilkan keyakinan diri anda
Memulihkan semangat untuk belajar, bekerja dan berniaga
Membuka dan memulihkan pemikiran anda menjadi lebih positif
Membantu menjadikan idea lebih kreatif, bernas dan hebat
Memulihkan tahap kepercayaan pada diri sendiri
Membina personaliti dan penampilan diri

Memberikan rasa tenang dan harmoni

Membantu diri anda lebih ceria dan gembira
Memberi ketenangan dalam kehidupan dan jiwa anda
Menjadikan diri anda disukai oleh teman dan masyarakat
Mengharmonikan rumahtangga anda
Membantu menjadikan anda lebih terurus dalam kehidupan

Meningkat tahap kesihatan diri

Menukarkan aura negatif kepada aura positif
Membantu menghilangkan tekanan perasaan (stress), tekanan jiwa dan menjadikan diri lebih penyabar
Membantu menghilangkan kedegilan diri dan anak anda
Membantu menghilangkan debaran dan putus asa pada diri anda
Membantu memulihkan rasa rendah diri dan menjadikan anda lebih sihat dan bersemangat dalam kerjaya
Membantu masalah saraf, kulit, suhu badan, sakit kepala dan migraine.

Telah dipertingkatkan dengan gelombang tenaga Reiki

Tenaga Reiki telah terbukti kesannya di seluruh dunia,ia mampu memulihkan kesihatan mental dan fizikal.Anda amat bertuah jika membeli produk ini kerana bukan mudah untuk mendapatkan rawatan reiki secara terus dan anda boleh menggunakannya banyak kali. Tenaga Reiki dalam minyak Aura Bayu Sukma ini telah dimasukan oleh Master Reiki Fauzie Ridzwan bin Abdul Muttalib.Sila baca di bawah tajuk Apa Itu Reiki.

Sebahagian bahan lain yang digunakan untuk memproses
Minyak Mandian Aura Bayu Sukma selain dari pati bunga-bungaan

Orange
Mengandungi Vitamin A, B, C, Flavonoids dan mineral yang tinggi. Meredakan tekanan darah tinggi, memberi kesegaran minda dan emosi.

Geranium
Bersifat anti-inflammatory, anti depressant, anti spasmodic, anti viral, tonic dan stimulant. Baik untuk kulit, sistem pernafasan, sistem saraf. Membantu mengurangkan tekana emosi, kecelaruan emosi dan fikiran, meningkatkan daya fakir, baik untuk keseluruahan tubuh badan.

Peppermint:
Berkhasiat membasmi bacteria, virus dan parasit di sistem pncernaan. Melegakan hidung yang tersumbat dan paru-paru , menyembuhkan gatal –gatal di kulit akibat kurap, kudis. Aromanya yang menyegarkan dapat membangkit kan suasana, mngurangi sakit perut, ketegangan dan menyembuhkan sakit kepala.

Ylang Ylang
Memiliki efek menyeimbangkan hormon, memberi semangat, meningkatkan sensualitas, perasaan gembira, kehangatan, rasa percaya diri, keterbukaan, relaksasi, rasa nyaman dan tenteram. Mengurangi depresi, kesulitan tidur, rasa tegang, stress saat menstruasi, lemah seksual, perasaan frustrasi dan rasa bersalah

Lavender
Bersifat antiphlogistic, relaxing , calming dan sedative. Membantu meningkatkan ketenangan, keseimbangan, rasa nyaman, rasa keterbukaan, dan keyakinan. Selain itu
juga mengurangi rasa tertekan, stress, rasa sakit saat menstruasi, emosi yang tidak seimbang, hysteria, rasa frustrasi, dan kepanikan.

Patchouli
Bersifat antidepressant, antiphlogistic, antiseptic, aphrodisiac, astringent, cicatrisant, cytophylactic, deodorant, diuretic, febrifuge, fungicide, insecticide, sedative and tonic.
Amat sesuai untuk mengatasi masalah tekanan emosi, ketidak stabilan emosi, fikiran yang bercelaru, baik untuk kulit dan sistem saraf.

Sandalwood
Dengan aromanya yang khas dan sari minyaknya diambil dari bagian kayu, sandalwood ternyata memiliki efek meningkatkan keterbukaan, kehangatan, rasa percaya diri, kejujuran, ketenangan jiwa, perasaan cinta, sensualitas, rasa nyaman, harapan, kepercayaan, kebijaksanaan, pengertian, keberanian serta daya tahan. Juga mengurangi stress saat menstruasi, gangguan konsentrasi, dan rasa kesepian.

No comments:

Post a Comment