Thursday, May 20, 2010

Apa Itu Aura



Video Analisis Aura Dr.Irfan Khairi oleh Dr.Mir Hazil,Pakar Aura Malaysia dalam rancangan Aura Rasa TV1 RTM.


Warna-Warna Aura yang mempunyai makna-makna tertentu
boleh distabilkan dengan Minyak Mandian Aura Bayu Sukma

Aura merupakan gelombang elektromagnetik berwarna atau jaluran tenaga berwarna. Dari segi rupa,ia boleh diumpamakan seperti wap-wap yang membentuk warna-warna pelangi yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar manusia. Aura wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan (makhluk hidup)

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa yang membulat di sekeliling kita dan merupakan sebuah medan tenaga yang hidup terbentuk hasil dari frekuensi getaran setiap sel kita.

Setiap sel kita ini berbeza dari segi getaran frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sebagai contoh getaran frekuensi sel jantung tidak sama dengan getaran frekuensi sel ginjal.Pendek kata,setiap sel kita mempunyai tugas masing-masing untuk melengkapkan tubuh kita.

Organ pula berfungsi sebagai satu alat yang menjalankan fungsi sistem tubuh seperti ginjal untuk menapis segala cecair tubuh, perut untuk menyimpan makanan, pankreas untuk mengeluarkan insulin dan sebagainya.

Ramai diantara kita yang hanya sekadar mengetahui fungsi-fungsi organ sahaja tetapi tidak mengetahui apa yang membentuk organ tersebut.Cuba anda lihat tangan anda, sebenarnya tangan anda dibentuk oleh berbilion-bilion sel yang bergetar pada frekuensi tersendiri.

Aura yang terbentuk hasil getaran frekuensi sel-sel ini juga mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rembatan gelombang.



Aura yang tidak sihat boleh dipulihkan dengan haruman Kasturi Kijang Asli yang telah dipertingkatkan dengan gelombang Reiki dan
Minyak Mandian Aura Bayu Sukma.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi,emosi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Kita harus memulihkan aura kita yang tidak stabil untuk menjamin kesihatan dari segi fizikal,mental,emosi,rohani dan jasmani.


No comments:

Post a Comment