Friday, June 11, 2010

Cara menggunakan Minyak Mandian Aura Bayu Sukma

Minyak Mandian Aura Bayu Sukma ini sebenarnya sesuai digunakan oleh kaum adam dan hawa walaupun sudah menjadi kebiasaan, kaum hawa yang lebih banyak menggunakannya kerana sudah menjadi lumrah,menjaga kecantikan adalah wajib dan ‘hobi’ bagi setiap wanita.

Minyak Mandian Aura Bayu Sukma ini bukan sahaja digunakan untuk kecantikan semata-mata tetapi untuk kesihatan dan keserian luaran dan dalaman tubuh dengan menggunakan kaedah mencuci aura (aura-cleansing) yang sesuai untuk setiap jantina.

Kita boleh menggunakan Minyak Mandian Aura Bayu Sukma ini pada setiap hari,sebagai contoh,kita boleh menggunakannya sebanyak 2 kali sehari iaitu ketika mandi setelah bangun tidur di pagi hari dan mandi terakhir sebelum kita tidur malam,biasanya sebelum solat maghrib bagi yang beragama Islam.

Cara-caranya adalah titiskan 5 titis Minyak Mandian Aura ini ke dalam baldi besar dan pusingkan air tersebut dengan tangan ke arah lawan jam supaya sebati. Kemudian gunakan air ini sebagai bilasan terakhir mandian anda. Pastikan anda mempunyai niat yang positif ketika melakukan mandian bilasan ini.Sebagai contoh,niat supaya seri wajah semakin bertambah.


Cara terbaik menggunakan Minyak Mandian Aura Bayu Sukma- diamalkan sebulan sekali.Dapatkan rawatan spa bertaraf 5 bintang hanya di rumah anda.

1) Sediakan air untuk mandian anda. Pastikan takungan air (besen atau kolah) itu besar di mana anda boleh mandi sepuas-puasnya,bukan sekadar mencurah air di tubuh.

2) Titiskan 5 titis Minyak Mandian Aura Bayu Sukma ke dalam air mandian anda itu dan pusingkan air dengan tangan ke arah lawan jam supaya sebati. Pusingan ke arah lawan jam dilakukan supaya getaran-getaran tenaga Minyak Mandian Aura Bayu Sukma ini bergetar dengan lebih rancak dan kuat.

3) Masukkan 5 genggam garam kasar.Garam kasar digunakan kerana ia berbentuk kristal dan amat sesuai untuk mencuci aura dan menghalang gangguan/penyerapan energy- energy negatif.Jika anda membuat rawatan aura di pusat-pusat rawatan kecantikan atau spa, 1 kilo garam digunakan untuk seorang pelanggan kerana lebih masin air tersebut adalah lebih baik.

4) Setelah air dan garam sebati,masukkan 1,3,5 atau 7 jenis bunga yang berbau wangi (warna yang berbeza) ke dalam air tersebut. Sebagai contoh mudah,masukkan 1 jenis sahaja contohnya kelopak-kelopak bunga ros/mawar merah ke dalam air tersebut.Bunga digunakan untuk mengindahkan warna-warna aura anda. Walaupun Minyak Mandian Aura ini telah dilengkapi dengan pati bunga-bungaan, tetapi bunga semujadi digunakan supaya kesan lebih baik dan lebih menyerlah.

5) Kemudian,masukkan ketulan ais (supaya air mandian anda itu sejuk) Ais digunakan untuk menstabilkan energy aura anda.

Kemudian mandi seperti biasa disertakan dengan niat yang positif. Contoh niat yang positif adalah seperti untuk menyerikan tubuh badan dan wajah supaya berseri-seri dan makin disayangi suami. Untuk menjadikan diri lebih menarik dan maju dalam perniagaan,lebih berkeyakinan dan sebagainya.

Selain itu juga, Minyak Mandian Aura juga boleh digunakan untuk mandian rendaman. Caranya adalah sama tetapi jangan letak ais terlalu banyak dikhuatiri anda kesejukan. Hanya pastikan ais diletakkan supaya air mandian itu sejuk sahaja dan anda mampu menahannya.

Biasanya setelah mandi anda boleh rasa perbezaan yang sangat ketara,anda akan rasa sangat selesa dan tenang dengan wajah yang lebih berseri dan menawan.

Mandi dengan menggunakan Minyak Mandian Aura Bayu Sukma ini juga mampu menjadikan diri kelihatan lebih cantik, awet muda, segar dan mencerahkan kulit. Selain itu, ia juga boleh membuang toksik seperti asid dan bahan kimia pada alat solek yang telah sebati dengan kulit. Ia juga boleh membuang sel mati dan lemak yang tidak diperlukan pada kulit.

Setelah mengeringkan badan,anda digalakkan memakai wangi-wangian. Wangian terbaik dan paling sesuai adalah kasturi kijang. Anda juga digalakan untuk bersolat sunat dan berehat sambil mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kerana ia merupakan terapi minda yang paling mujarab.