Friday, May 21, 2010

Apa Itu Reiki






REIKI adalah satu bentuk kaedah penyembuhan alternatif yang menggunakan TENAGA ALAM ( Universal life force). REI bermaksud tenaga dan Ki bermaksud alam semesta. Tenaga ini di kenali sebagai CHI dalam bahasa cina, Prana dalam bahasa sanskrit, Qi dalam bahasa Jepun & Tenaga Ilahi dalam Islam.Gelombang-gelombang tenaga Reiki telah ditemui dan oleh Dr. Mikao Usui daripada Jepun pada tahun 1923 ketika bermeditasi di Gunung Kurama.
Ada pendapat mengatakan,sebelum Dr.Mikao Usui menemui tenaga gelombang Reiki,ia telahpun digunakan secara meluas dikalangan pendeta-pendeta di Tibet.

Pada hari ini,Reiki telah berkembang keseluruh pelusuk dunia dan di bawa oleh lebih sejuta pengamal perubatan Reiki termasuk di Malaysia.Reiki bukanlah agama atau sebarang perkara yang berkaitan dengan agama. Reiki merupakan kaedah atau cara-cara kita mengumpul tenaga alam semesta untuk memulihkan penyakit-penyakit berkaitan mental,fizikal,emosi,rohani dan jasmani.Bagi seseorang yang beragama Islam,tenaga Reiki akan lebih kuat,berkat dan mujarab kerana disertakan dengan doa-doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Pemulihan Aura dan 7 Cakra tubuh boleh dilakukan dengan keberkatan haruman kasturi kijang yang telah dipertingkatkan dengan gelombang reiki.

Pemulihan aura melalui gelombang tenaga Reiki memiliki beberapa manfaat diantaranya:

membersihkan dan mengaktifkan 7 cakra tubuh

mengaktifkan dan meningkatkan aura diri (lebih berkeyakinan)

meningkatkan aura spiritual diri kita (kusyuk dalam solat)

meningkatkan kesihatan diri dari segi mental,fizikal,rohani dan jasmani

melindungi diri dari energi-energi negatif (khusus untuk mereka kerap beras sakit)

meningkatkan kecerdasan minda (amat baik untuk para pelajar dan mereka yang banyak menggunakan minda dalam kerja harian)

memberikan lebih banyak energi serta meningkatkan getaran energi tubuh (menghasilkan sel-sel tubuh yang lebih baik)

meningkatkan kasih sayang ahli keluarga dan sesiapa sahaja

dapat membebaskan diri dari kesan tekanan (stress)

No comments:

Post a Comment